ANAK kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menangis selepas kek batik hasil air tangannya mendapat kritikan di media sosial. Hayla, 9, juga tertanya-tanya kenapa kecaman yang diterima hanya di media sosial sedangkan orang di sekeliling memuji kek batik yang diusahakan sejak beberapa minggu lalu. “Mama (panggilan Wawa) kenapa ada yang kutuk Hayla punya kek batik? Klik sini untuk lihat video.

Saya dan semua kawan yang rasa kek batik yang dibuat ini sedap. Tapi ada pula yang buat video dan cakap kek batik saya tak sedap di media sosial,” katanya. Hayla berkongsi rasa sedih itu menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Wawa di Instagram miliknya pada malam Selasa. Dalam pada itu, sebagai ibu Wawa meminta Hayla agar bersabar dalam menempuhi dugaan dalam perniagaan. Meskipun sedih melihat anaknya dikecam, aktres itu sanggup menahan air mata demi menunjukkan contoh yang baik buat Hayla.
“Sabarlah jangan menangis sayang. Mama pun sebenarnya menahan air mata. Selalunya mama kuat tapi bab anak ini mama tewas, mama dan ayah bangga dengan Hayla, ingat tu! Kami sayang Hayla,” ujarnya. Tidak hanya itu, Wawa juga memberitahu dia sanggup tebalkan muka dengan mesej secara peribadi kepada individu yang mengkritik produk makanan anaknya itu untuk memadam video yang dimuat naik.
“Saya sanggup tebalkan muka mesej orang itu untuk padam video sebab tak sanggup lihat anak sendiri kena hina,” jelasnya. Sebelum ini perniagaan kek batik yang diusahakan Hayla mendapat perhatian warganet di media sosial. Malah produk makanan tersebut sentiasa habis terjual setiap kali Hayla membuka pesanan pada orang luar.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.