Tak suka orang yang tak bertamadun, Ammar Ahyan dedah dirinya kena raba semasa promosi produk di Masjid India

Advertisements
Advertisements

Anak sulung usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan memberitahu bahawa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual orang ramai semasa mempromosikan produk jualannya di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur. Ammar yang baru sahaja berusia 17 tahun itu berkata, kejadian tidak senonoh tersebut berlaku semasa dirinya sedang membantu ibu bapanya menjayakan kempen Malaysian Book Of Record bagi jualan beg terpantas melalui siaran langsung.

“Saya tak suka orang yang bersikap tak bertamadun sebab saya baru sahaja kena raba. Untuk pengetahuan, saya kena raba di pinggang, ketiak dan saya memang tak suka perkara itu,” katanya, semalam. Dalam pada itu, Ammar menjelaskan dia tidak berdepan sebarang masalah sekiranya mahu bergambar atau beramah mesra bersama peminat yang hadir namun sedikit kesal ada daripada mereka cuba untuk mengambil  kesempatan.

“Saya tiada masalan kalau orang ajak bergambar atau nak bersembang, tapi bila dah melampaui batas, saya terus hilang minat,” jelasnya. Tambah Ammar, perkara itu telah dimaklumkan kepada ibunya, Datin Seri Nur Shahida dan menasihatinya agar kekal tenang dan melupakan segala insiden yang telah berlaku. Ammar juga memilih untuk memaafkan individu itu kerana menganggap kejadian terbabit mungkin berlaku tanpa sengaja.

“Saya dah bagitahu mak saya dan dia kata dalam hidup memang ada orang macam itu. Tapi mungkin juga orang itu salah faham atau tak sengaja, jadi maafkan sahaja,” tambahnya lagi. Terdahulu, bapanya meraih perhatian umum apabila yakin mampu mencipta kejutan dengan menjual beg tangan sebanyak sejuta unit dalam masa kurang lima minit bagi memasuki Book of Record Malaysia yang akan dilakukan dalam sesi siaran langsung.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.