Pelakon, Diana Danielle menyatakan tiada sebab untuk terus kekal berhubung dengan bekas suaminya, Farid Kamil. Ketika ditemui, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu isu memandangkan mereka telah memilih haluan masing-masing. “Adakah ia satu masalah sekiranya saya tidak berhubung dengan dia?
Tiada sebab untuk kekal berhubung. Saya fikir cara kami memilih untuk melangkah ke hadapan dan berkomunikasi tidak perlu menjadikan ia suatu masalah. Sekiranya cara itu menjadi untuk kami dan kekalkan keharmonian kami, saya rasa itu adalah yang terbaik.” Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya itu memaklumkan dia masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri memandangkan mereka baru sahaja berpisah.
“Ada sesetengah perkara memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Mungkin suatu hari nanti kami akan berkomunikasi semula, saya pun tidak pasti. Buat masa ini, biarlah kita semua tenang dahulu, cari rentak hidup yang baru dan fokus utama adalah anak-anak.” Menurut Diana, tiada masalah untuk Farid berhubung secara terus dengan anak-anak mereka memandangkan dia merupakan bapa kepada Muhammad dan Nur Aurora.
“Saya rasa adalah lebih baik jika komunikasi dibuat secara terus supaya tidak timbul sebarang unsur seperti saya cuba mempengaruhi anak-anak atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Jika dia merancang untuk melakukan sesuatu bersama, boleh terus bertanya kepada anak-anak. Saya tidak pernah menetapkan sebarang sekatan tentang bila dan berapa kerap mereka perlu berjumpa.”
Untuk rekod, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 namun memilih untuk bercerai kali pertama pada tahun 2023. Mereka kemudiannya kembali rujuk tetapi memilih untuk berpisah kali kedua pada Mac lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.