Kontrak kerja perlu komitmen selama 5 tahun, anak Kak Km dah berhenti daripada latihan pramugari

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, mengesahkan bahawa anak sulungnya, Nabila telah berhenti daripada latihan pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Menurut Kak KM, anaknya menerima keputusan untuk berhenti kerja tanpa sebarang bantahan. “Betul balik terus sebab saya suruh resign. Dia okay sahaja untuk berhenti, dia memang anak yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM turut mendedahkan bahawa jarak dan masa yang terhad bersama anak membuatkan dirinya merasa tertekan secara emosi. Tambahan pula, kontrak kerja sebagai pramugari itu memerlukan komitmen selama lima tahun. “Sebenarnya saya memang tak nak anak masuk mana-mana airline sebab saya tak boleh berjauhan dengan anak. Bila dua minggu jauh saya sakit tapi bukanlah sakit sampai terlantar tapi tarik habis jiwa ni.

Kontrak itu lima tahun takkan la saya nak menanggung rindu tu lima tahun, kerja sahajalah dekat KL ni kalau tak ada kerja boleh kerja dengan saya dulu,” ujarnya. Terdahulu, Kak KM akui masih cuba menyesuaikan diri apabila berjauhan dengan anak sulungnya, Nabila. Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, pengalaman ini bukan sahaja memberi cabaran buat anaknya yang pertama bekerja tetapi juga kepada dirinya sebagai seorang ibu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.