Siap ada sijil dan cip mikro dalam badan, Bonda Rozita bela anjing K9 untuk tujuan keselamatan

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkena, Rozita Ibrahim, 58 atau biasa disapa Bonda Rozita telah berkongsi kepada orang ramai bahawa dia membela anjing jenis K9 yang kerap digunakan oleh pihak polis dalam sebarang operasi pencarian. Menerusi muat naik di media sosial, Bonda menyatakan tindakan dia membela haiwan terbabit adalah untuk membantu menjaga keselamatan terutamanya di kawasan ladang miliknya yang agak luas di puncak hutan.

Tambah Bonda Rozita, anjing tersebut masih lagi kecil dan dilatih dari awal oleh individu yang layak bagi memastikan kedua-duanya mahir menjaga ladang memandangkan haiwan tersebut sangat bijak. eJelas usahawan itu, anjing-anjing yang diberi nama Inddy dan Izzy itu baru sahaja berusia lapan minggu dan dijaga oleh pekerjanya yang merupakan Orang Asli.

“Itulah anjing K9 yang sangatc cerdik dan kuat. Inddy dan Izzy  baru 8 minggu an beratnya 14 kilogram. fBonda minta Orang Asli jagakan. Saya beli anak-anak anjing dan proses melatih ada orang yang akan ajar. Pelihara anjing utk tujuan keselamatan .. dan ladang yang luas di puncak hutan,” tulisnya. Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa anjing yang dibelanya mempunyai sijil keturunan serta terdapat cip mikro yang ada di dalam badannya bagi mengelakkan sebarang kecurian.

“Anjing yang saya beli ini ada sijil keturunannya – sekiranya ada orang nak curi di dalam badan anjing ini ada microchip,” tambahnya lagi. Walaupun Bonda Rozita dan suami dilihat memegang serta menyentuh anjing tersebut, dia menjelaskan bahawa akan mandi dengan air tanah (sertu) setiap kali menguruskan anjing-anjing tersebut seperti yang dinyatakan dalam Islam.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.