ANAK kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Nabila Razman berdepan bayaran penalti sehingga RM50,000 selepas mengikut permintaaan ibunya untuk berhenti kerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Menjawab persoalan dilemparkan netizen, Kak KM atau Liana Rosli, 44, berkata, anak perempuannya itu bukan diberhentikan kerja seperti didakwa ramai sebaliknya tidak meneruskan kerjaya di awan biru.
“Ramai yang tanya betul ke Nabila berhenti kerja atau dia diberhentikan? Takkanlah dia diberhentikan pula. Atas dasar apa? Dia memang pekerja yang baik. Kalau nak ikutkan kontrak Nabila dengan syarikat penerbangan antarabangsa itu selama lima tahun. Bila kita dah langgar kontrak sudah tentu kena bayar penalti. Kalau ikutkan penalti yang dikenakan maksimum sehingga RM50,000 tetapi sekarang ini pihak pengurusan syarikat penerbangan itu sedang membuat pengiraan sebenar.
Saya harap tidaklah sampai jumlah tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. Dalam pada itu, Kak KM memberitahu dia sanggup membayar penalti tersebut kerana menganggap wang boleh dicari namun kebajikan anak-anak perlu diberi keutamaan. Kongsi usahawan berkenaan, dia tidak kisah sekiranya ada yang menganggap dirinya terlalu memanjakan anak-anak kerana sebagai ibu dia mahu memberikan terbaik buat keluarga.
“Biasalah penalti yang perlu dibayar kepada syarikat antarabangsa ini bukan sikit tetapi tak mengapa bagi saya duit boleh cari. Bagi saya membesarkan anak-anak ini tak perlu nak marah-marah. Jadi saya tak kisah kalau langgar kontrak pun tak ada masalah, saya bayar sahajalah. Saya tidak kisah kalau ada yang cakap saya terlalu manjakan mereka. Anak saya biarlah saya yang mencorakkan mereka,” ujarnya.
Kak KM bagaimanapun menyelar dakwaan warganet yang mengatakan Nabila sebenarnya tidak pernah diterima untuk bekerja di syarikat penerbangan tersebut. Tegasnya, dia sendiri mengakui kesilapan kerana meminta anaknya itu berhenti kerja selepas tidak sanggup melihat Nabila melakukan pekerjaan berat. “Sejujurnya dia tak cakap nak berhenti tetapi saya yang minta Nabila untuk berhenti.
Saya tidak rasa dia boleh bekerja, tambah pula ini pengalaman pertama dia bekerja. Kedua, dia tak pernah berjauhan dengan keluarga dan saya tak sanggup tengok dia kerja berat macam itu. Ada juga yang cakap belum dapat kerjalah itu sebab dia balik tapi kalau memang anak saya tidak terpilih, takkanlah dia sampai nak pergi ke negara tersebut. Jangan cakap seolah-olah mereka ini tahu semuanya,” katanya.
Sebelum ini, Kak KM meluahkan rasa sedih apabila Nabila perlu berhijrah ke negara jiran untuk bekerja sebagai pramugari. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.