Perlu 3 bulan tempoh rehat, Ds Vida terkejut bila dapat khabar berita lutut Cik B retak

Advertisements
Advertisements

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida terkejut selepas dimaklumkan anaknya, Cik B dikejarkan ke hospital akibat kecederaan serius. Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata, dia hanya mampu memantau keadaan anaknya itu menerusi penggilan telefon kerana kini sedang berada di luar negara. Menurutnya, hasil pemeriksaan pakar di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak mendapati tempurung lutut kaki kiri Cik B retak dan kini sedang menerima rawatan lanjut di wad.

“Saya terkejut bila dapat berita Cik B dikejarkan ke hospital, waktu itu saya baru sampai di lapangan terbang. Kemudian saya terus hubungi pembantu di Malaysia dan doktor beritahu tulang Cik B retak di bahagian kepala lutut. Buat masa ini, Cik B masih ditahan di wad untuk pemantauan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam pada itu, mengikut saranan doktor, Vida memberitahu anaknya itu memerlukan tempoh rehat sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Jelas Vida, buat masa ini Cik B perlu menggunakan kerusi roda serta pendakap lutut bagi membantu pergerakan. “Kalau ikut nasihat doktor, Cik B perlu berehat daripada aktiviti lasak selama tiga bulan. Jadi buat masa ini Cik B perlu gunakan kerusi roda untuk bantu dia bergerak.

Cik B juga perlu gunakan pendakap lutut buat sementara waktu,” jelasnya. Sebelum ini, Cik B dilaporkan terjatuh ketika menyertai permainan sukaneka sempena program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Jumaat lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.