Pempengaruh media sosial, Andika Putera berkongsi amalan yang sering dipraktikan dalam rumah tangganya untuk kekal bahagia. Menurut Andika, solat berjemaah merupakan antara kunci utama dalam menjaga keharmonian rumah tangga. “Bagi saya, yang paling terbaik adalah solat jemaah. Ramai orang sekarang ini, terutama lelaki, ketua keluarga, kadang-kadang lupa untuk solat berjemaah. Klik sini untuk lihat video.

Siapa bagi kita bahagia? Siapa bagi kita rasa cukup? Allah segala-galanya. Macam mana salah satu benda yang kita nak Allah bagi kita bahagia? Jawapannya adalah kita kena ikut apa yang Allah suruh iaitu solat,” kongsinya menerusi video di TikTok. Dalam pada itu, Andika sempat mengingatkan para suami untuk mempratikkan solat jemaah dalam hubungan rumah tangga.
“Tapi jangan solat sendiri. Yang paling penting ini adalah tips yang saya boleh bagi, subuh sama-sama. Selepas itu kita sibuk kerja dan sebagainya, isyak sama-sama. Sekurang-kurangnya subuh dan isyak solatlah berjemaah sekali bersama dengan anak dan sebagainya. Insya-Allah, bila kita solat jemaah ni, percaya tak, keluarga kita akan sangat berbeza. Percayalah.
Laki-laki di luar sana implementkan benda ini dalam keluarga. Insya-Allah akan jadi luar biasa,” ujarnya. Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.