Muat naik gambar dengan bekas isteri, ramai yang mendoakan rumahtangga Edika Yusof kembali bersatu

Advertisements
Advertisements

Pelakon popular era 90-an, Edika Yusof menarik perhatian warganet selepas memuat naik sekeping gambar bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, foto tersebut merakam Edika dan Hidayah sedang duduk bersebelahan sambil tersenyum memandang kamera. “Build your business success around something that you love — something that is inherently and endlessly interesting to you, Martha Stewart,” tulisnya.

Walaupun tiada penjelasan lanjut diberikan mengenai status hubungan mereka, rata-rata pengikut Edika di ruangan komen meluahkan rasa gembira melihat foto pasangan itu. Malah mereka juga turut mendoakan agar pasangan ini kembali disatukan sebagai suami isteri.

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mei lalu. Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup bersama selama 22 tahun, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.