Mesti bangga kalau arwah abah ada lagi, Aliff Syukri luah rasa bangga bila kakak dah jadi Datin

Advertisements
Advertisements

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bangga apabila kakaknya, Noor Hayati menjadi Datin setelah suaminya, Mohamad Zaidi Aziz menerima gelaran Datuk beberapa hari yang lalu. Menerusi perkongsian di Threads, Aliff, 38, meluahkan bahawa kebahagiaan yang dikecapi mereka kini pasti lebih bermakna sekiranya dapat dikongsi bersama arwah bapanya.

“Tahniah Kak Long dan Abang Long. Sebagai seorang adik saya tumpang bangga. Seronokkan kalau arwah abah ada mesti dia bangga.” Sementara itu, Hayati yang teringat akan arwah bapanya berkata dia sentiasa menjadi individu yang paling teruja setiap kali anak-anak mencapai kejayaan. “Siapa sangka, kita adik-beradik seibu dan sebapa Allah bagi rezeki macam ini. Alhamdulillah.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak membaca ucapan daripada Aliff kepada kakaknya.

Terdahulu, Mohamad Zaidi dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.