Fara Salleh anggap dah lama dapat kifarah atas perbuatan dulu, rupanya ini sebab dia pilih untuk kahwin dengan Shuk Sahar

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menganggap dia sudah lama mendapat kifarah atas perbuatannya dahulu. Bagaimanapun Fara menganggap apa yang terjadi kini bukanlah disebabkan kifarah sebaliknya ia melibatkan tanggungjawab seorang bapa kepada anak. “Ini bukan hal kifarah dah. Kifarah dah lama dapat dah. Ni soal tanggungjawab dah. Takkan anak-anak yang tak ada binti bin bapa lain tu semua kifarah.

Mulut orang… cakap sedap mulut kalau kene kat batang hidung sendiri nanti baru dorang rasa. Sekarang relax la jari taip itu ini. Masing-masing akan ada keturunan. Nanti apa kita tulis boleh jadi kat diri kita semula. Kalau kata ini kifarah, nanti yang sebik komen caci hina tu semua akan dapat kifarah jugak. Silap-silap Allah bagi sama situasi kena hadap,” kata Fara ketika dihubungi.

Ketika ditanya kenapa masih memilih untuk bersama dengan Shuk pada awalnya, Fara memberitahu dia tidak menyangka suaminya akan berubah selepas empat bulan berkahwin. “Saya tak nampak semua itu sebelum ini. Saya niat nak betulkan keadaan… sebab nama dah busuk. Saya nampak semua itu selepas empat bulan nikah.

Apa yang saya nampak mula-mula masa itu ‘kau stay dengan aku… tak kahwin kenapa? Bila aku hilang, aku blah, kau cari gila-gila sampai ke Segamat kau cari’. Bagi saya, masa itu fikir dia serius ini. Lepas dia balik umrah dengan Sera, dia cari saya bagai nak gila sampai minta maaf apa semua. Jadi saya ingatkan semuanya baik. Walaupun masa tu ada tuduhan perempuan murah dan sebagainya. jadi saya fikir macam ‘dia ini insecure kot’. Kahwin nanti dah ada depan mata dia okay la. Jadi, okay kahwinn… walaupun ada perbalahan sebelum kahwin,” katanya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.