Suami tampil kongsikan momen ketika berjumpa dengan Aliff Syukri tentang hubungannya dengan Bonda Rozita

Advertisements
Advertisements

Suami kepada usahawan terkenal Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad, berkongsi momen awal ketika pertemuaannya dengan anak tiri, Datuk Aliff Syukri. Menerusi siaran langsung di TikTok, abang kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam itu mengimbas kembali sesi perbincangan bersama Aliff mengenai hubungannya dengan Rozita. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Aidiamin , pada pertemuan tersebut Aliff bertanya kepadanya sama ada dia boleh menerima atau tidak ibunya yang sudah berusia. “Dia cerita pasal awak dekat saya. Katanya, ‘Encik Amin sanggup ke kahwin dengan mak saya? Mak saya kalau buka tudung nampak sangat tua, rambut dia sudah beruban.’ Dia tak nak saya terkejut, kalau awak buka tudung takut nanti nampak macam pontianak. Begitulah ibaratnya.

Saya cakap saya sanggup. Pada saya uban itu istimewa.” Dalam pada itu, Rozita berkata, dia tidak akan menerima Aidiamin sebagai suami andai Aliff tidak merestuinya. “Kalau sekiranya Syukri tak terima saya pun tak nak awak.” Hal itu berikutan, Aliff tidak mahu melihat ibunya dikecewakan lagi selepas beberapa kali gagal dalam perkahwinan.

Kata Syukri, ‘mak kalau boleh saya nak mak kahwin dengan menteri. Tapi kalau itu pilihan mak, saya minta satu sahaja..saya tak nak mak kecewa.’ Yang penting jangan pilih lelaki yang ‘hauk’ sangat, sudahlah sekali dua menderita.” Terdahulu, anak kepada Rozita iaitu Ain mengesahkan ibunya telah berkahwin lain namun enggan mendedahkan punca perpisahan usahawan itu dengan suami terdahulu.

Tidak lama selepas itu, usahawan tersebut berkongsi foto bersama Aidiamin ketika mengerjakan umrah pada Mac lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.