Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berang dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab sebagai ayah kepada anak yang baru dilahirkan, Elaine Nada. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Fara dilihat memberi teguran keras kepada Shuk selepas mendakwa dirinya mengandung anak haram. Dakwa Fara, keluarga Shuk tidak pernah menghubungi dirinya sepanjang pergolakan rumah tangga yang terjadi antara mereka.

“Kau kahwin dengan aku sah. Anak ini bukan anak haram seperti mana yang kau lafazkan masa dia dalam perut empat bulan. Tanggungjawab kau sebagai ayah bukan hanya nafkah. Kau tahu tak, semua najis yang kau buat, aku hadap semua ini sorang-sorang. Seorang dari keluarga kau tiada hubungi aku mahupun bercakap dengan aku. Dan kau? Hanya tabur sperma dan pergi.
Kau ceraikan aku di Siam, pasal anak sikit pun kau tak ambil tahu. Kau sedar tak keluarga kau wali kepada Nada.” Dalam pada itu, Fara meluahkan rasa kesal dengan suaminya, Shuk yang tidak hadir pada hari kelahiran anak mereka. Ujarnya, Elaine Nada selamat diazan dan diiqamat selepas lima hari kerana hanya ibu bapa dibenarkan masuk ke dalam wad.
“Anak aku lepas lima hari baru diazan iqamat. Seba dekat wad itu hanya ibu dan bapa sahaja yang dibenarkan masuk. Pak cik ke atuk tak boleh. Kesian Elaine. Korang gembira tak? Ramai tanya aku siapa ayah Elaine Nada. Nanti pesan pada dia (Shuk) surat beranak anak kena uruskan dan naik mahkamah atas urusan pendaftaran.”
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023. Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.