Ramai yang puji usaha dia mendidik anak, Ryzal Ibrahim akui terlepas pandang pasal isu letak al Quran

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim, dan isterinya, Maryam You Narae, menerima pujian ramai selepas memuat naik satu video mereka sekeluarga meluangkan masa membaca Al-Quran selepas menunaikan ibadah solat. Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Ryzal sekeluarga dilihat membaca al-Quran selepas menunaikan solat sebagai sebahagian rutin harian mereka. Klik sini untuk lihat video.

Ramai yang memuji usaha Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim dalam mendidik anak-anak dan isterinya yang merupakan seorang mualaf dengan nilai Islam. Namun begitu, di sebalik pujian, video tersebut turut mengundang kritikan apabila segelintir warganet menyuarakan rasa kurang senang terhadap satu insiden kecil yang berlaku secara spontan dalam rakaman tersebut.

Apa yang menjadi perdebatan ialah tindakan tidak sengaja anak sulung mereka, Rina, yang dilihat melangkah al-Quran yang diletakkan di atas lantai. Meskipun berlaku tanpa niat, ramai netizen menegur dan mempersoalkan mengapa kitab suci itu diletakkan di tempat rendah, apatah lagi momen itu dirakam untuk tatapan umum. Beberapa komen menyarankan agar Ryzal lebih berhati-hati dan peka dalam menempatkan al-Quran, terutamanya dalam situasi melibatkan kanak-kanak yang masih belum memahami adab terhadap kitab suci.

Mengulas isu itu, Ryzal turut mengakui bahawa dia sendiri tidak menyedari kesilapan tersebut ketika memuat naik video berkenaan.  Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet dan seorang doktor tampil membela Ryzal, dengan menyatakan bahawa mesej utama video itu jauh lebih besar berbanding kesilapan kecil yang berlaku tanpa sengaja. Mereka turut memuji usaha pasangan itu dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dengan nilai agama sejak usia awal.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.