Warganet dah mula tak senang duduk bila Amira Othman muat naik video Fattah Amin dengan lagu romantik

Advertisements
Advertisements

Hantaran penyanyi, Amira Othman meraih perhatian apabila dilihat memuat naik video pelakon Fattah Amin yang berdurasi hampir seminit. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira, 31, tidak meletakkan sebarang kapsyen namun, lagu yang dipilih dianggap petunjuk besar mengenai hubungan bersama Fattah. Perkongsian itu meraih lebih 690,000 ribu tontonan di aplikasi TikTok dengan pemilihan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Nadhif Basamalah berjudul ‘Jatuh Cinta Lagi’. Klik sini untuk lihat video.

Apa yang lebih meraih perhatian, adik-adik kepada pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu turut terkejut dengan hantarannya yang tiba-tiba atau ‘random’. “Tidak mengapa, kita buat-buat tak faham saja la.” “Kak Ya, ini bukan close friends tau.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Amira memberi petunjuk mengenai teka-teki di kalangan pengguna media sosial yang menjadi bualan hangat. Selain itu, warganet berseloroh dengan menyakat Amira yang semakin berani mendedahkan momen bersama Fattah.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.