Sejak tahun lalu terputus hubungan, Aliff Aziz luahkan rasa rindu yang dalam terhadap anak anak

Advertisements
Advertisements

PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz meluahkan kerinduan yang mendalam terhadap dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang dikatakan terputus hubungan sejak tahun lalu. Menurut Aliff, 33, dia sudah lama tidak berpeluang melihat mahupun berhubung secara langsung dengan kedua-dua cahaya matanya itu. “Saya rindu sangat. Doa saya setiap hari adalah untuk dapat lihat mereka semula, dan sampaikan segala yang saya simpan dalam hati. 

“Daddy sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan Ara… I love you so much and I miss you,” katanya dalam satu temu bual bersama media di Singapura  Meskipun jauh di mata, Aliff tetap mengikuti perkembangan Ayden dan Ara terutama ketika menjelang tarikh lahir mereka iaitu pada lapan dan 18 Julai. Aliff turut menyuarakan hasrat agar suatu hari nanti takdir mempertemukan mereka semula supaya dia dapat menjelaskan banyak perkara yang terpendam selama ini.

Dalam pada itu, Aliff mengakui dia berasa bersalah kerana tidak dapat berada di sisi anak-anak ketika mereka melalui fasa penting dalam proses membesar. Namun, apa yang paling merisaukan, katanya, adalah penerimaan anak-anak terhadap dirinya kelak, terutama apabila berdepan persepsi masyarakat.

Jelasnya lagi, dia sering berasa dilema untuk memilih antara terus berdiam demi bagi menjaga hati banyak pihak atau mengambil tindakan undang-undang yang berisiko menambah ketegangan. Justreru, Aliff memilih untuk menumpukan perhatian kepada pemulihan diri dan mengatur langkah untuk bangkit kembali.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bella Astillah pada 2016 dan bercerai dengan talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.