Usahawan, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui dirinya kini lebih terbuka dan selesa berkongsi dengan peminat selepas mula aktif membuat siaran langsung hampir setiap hari di media sosial. Menerusi ciapan di Threads, Fazura yang sebelum ini dikenali sebagai figura yang sentiasa menjaga privasi, mendedahkan dia sebenarnya seorang yang sangat sukakan kehadiran orang sekeliling. “Dulu Faz lebih private, tapi saya memang jenis yang suka jumpa orang. Memang excited bila ada meet and greet. Saya suka tengok senyuman orang, dengar kisah hidup mereka,” tulisnya.
Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, apa yang paling menyentuh hatinya bukanlah soal populariti atau sejauh mana orang mengenali dirinya, sebaliknya momen indah yang dikongsi bersama peminat yang memberi makna tersendiri. “Apa yang istimewa bukan tentang karya saya diingati atau berapa lama diminati, tapi tentang cerita-cerita kehidupan peminat yang beri kesan dan jadi kenangan,” ujarnya.
Fazura turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat berhubung lebih rapat bersama peminat selain turut mengakui dia semakin terbuka mengenali lebih ramai individu yang positif dan memberi aura baik dalam kehidupannya. “Sekarang bila dah mula live setiap hari, saya rasa makin dekat dengan lebih ramai orang. Ramai sebenarnya orang baik dalam dunia ni. Saya cuma perlu lebih terbuka dan pilih tenaga positif dengan hati-hati,” katanya lagi.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.