Anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim meraih perhatian selepas memuat naik hantaran di TikTok dipercayai berkaitan perasaannya. Menerusi hantaran di TikTok, Marissa memuat naik video dirinya dengan lagu bertajuk Pendampingmu #TahtaHatiku nyanyian Shabrina Leanor, penyanyi dari Indonesia. Namun apa yang menarik perhatian adalah kapsyen ditulis oleh Marissa yang dilihat seolah-olah menggambarkan perasaannya. Klik sini untuk lihat video.
“Jika kamu tidak diperjuangkan oleh seseorang yang kamu harapkan, kamu akan diperjuangkan oleh seseorang yang mengharapkanmu.” Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat pelbagai respons daripada kalangan warganet malah ada yang meluahkan rasa kasihan terhadap wanita itu. Dalam pada itu, segelintir netizen juga menitipkan pesanan buat Marissa agar membuat keputusan yang boleh memberikan kebaikan pada dirinya dengan mendahulukan perasaannya dalam apa jua keadaan.


Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.