Ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil menzahirkan rasa rindu terhadap cucunya Ayden Adrean dan Ara Adreana. Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Hafiza menitipkan ucapan ulang tahun sempena kelahiran dua cucunya itu. “Bismillah, bulan ini adalah bulan kelahiran buat cucunda berdua. Masya-Allah, bertambah setahun lagi umur Ayden dan Ara.
Umi Wan dan Tok Ayah sentiasa mendoakan cucunda berdua agar membesar dengan sihat dan bahagia,” tulisnya. Meskipun terpisah kerana jarak namun Siti Hafiza sentiasa mendoakan kebahagiaan buat kedua-dua cucunya itu. “Walaupun kita dipisahkan oleh jarak, kasih sayang dan cinta kami takkan pernah pudar. Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami, Masya-Allah.
Berpisah di dunia hanya sementara. Inshaa-Allah, dengan izin Allah, kita akan berkumpul lagi di akhirat. Be happy my darlings. We will love you both till infinity. Aamiin Allahumma aamiin,” tambahnya. Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada 12 Jun 2024 selepas Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac 2024. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.