Ada yang sakit mata bila tengok Marissa Dania buat pengat durian, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari tuan badan

Advertisements
Advertisements

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim berkongsi menu masakan dengan pengikutnya di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Marissa sedang menyediakan manisan tradisi iaitu pengat durian. Menurut Marissa dia terpaksa mengeluarkan semula gula melaka yang diletakkannya sebelum itu kerana terlalu manis. “Gula dikeluarkan sebab manisnya sudah cukup. Awak semua panggil serawa atau pengat durian?” Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang individu yang kurang senang dengan cara masakan Marissa lalu menegurnya. Tidak berdiam diri, Marissa kemudian membidas komen berkenaan. “Sebab tu dalam video kena tunjuk, dekat kapsyen kena tulis gula dikeluarkan balik, sebab orang-orang macam mak cik inilah. Dalam masa yang sama, rata-rata warganet menyokong kenyataan Marissa dan menasihatinya supaya tidak mengendahkan individu tersebut.

“Buat tak tahu sahaja, tak perlu ‘koyak’ layan komen macam itu. Mungkin dia ingat dia sempurna sangat.” “Kalau dah tak suka, apa kita buat semua tak kena. Ikut dialah nak letak apa pun. Dia tau la nak jaga kesihatan suami dan keluarga dia. ‘Bitter’ sungguh warganet.” “Lain orang lain cara masak, kenapa nak ikut cara masak orang. Dapur lain-lain bukan? Semua benda tak kena, hairan betul.” “Rajin-rajin baca dan tengok betul-betul baru nak kecam. “

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.