Hubungan baik demi anak, Nora Danish terkejut bila tular gosip kembali menjalin hubungan dengan Jejai

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan usahawan Nora Danish terkejut apabila dikatakan kembali menjalin hubungan dengan bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai. Nora berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip terbabit timbul sedangkan mereka tidak pernah bercakap soal perhubungan selama ini. “Siapa agaknya yang sebarkan gosip ini? Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba saya dikaitkan kembali dengan Jejai. 

Hubungan kami tiada yang ‘extra’ dan masih sama seperti dahulu,” katanya ketika dihubungi.  Menurut Nora, dia bagaimanapun tidak hairan apabila mereka digosipkan bersama kerana masing-masing belum berkahwin. “Hubungan baik ini bukan kerana ada apa-apa yang istimewa antara kami. Sejak dahulu lagi, saya sentiasa berpegang pada prinsip untuk menjaga hubungan baik demi anak-anak kerana mereka adalah amanah Allah kepada kami. 

Tidak ada yang lebih penting daripada memastikan mereka membesar dalam suasana penuh kasih sayang, hormat-menghormati, walaupun kami tidak lagi sebagai suami isteri.” katanya. Tambah Nora, dia terharu dan bersyukur kerana Jejai memainkan peranan yang baik dalam memastikan hubungan mereka kekal harmoni demi anak.

“Dia seorang yang bekerja keras untuk keluarga dan sentiasa berusaha menjadi ayah yang bertanggungjawab. Malah, dia juga sanggup mengorbankan kegembiraannya sendiri demi memastikan anak-anak menjalani kehidupan yang baik. Dalam Islam sendiri, menjaga silaturahim itu satu tuntutan, lebih-lebih lagi dalam urusan kekeluargaan. Doakan saja yang baik-baik buat kami,” katanya.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 16 tahun.  Bagaimanapun, Nora berpisah dengan Jejai pada 10 Julai 2008. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.