Usahawan kontroversi dan pempengaruh, Kak KM tampil memberi respon respon balas terhadap kritikan segelintir pihak yang mempertikaikan caranya membesarkan anak-anak. Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegaskan bahawa orang luar tidak perlu sibuk mencampuri urusan keluarganya. “Korang tak payah risau sangatlah tu anak aku, tak payah risau. Kita jaga keliling kita dahulu. Macam korang, jaga anak korang, adik-beradik korang.
Jangan sibuk hal orang, aku tahu bahagian aku. Insya-Allah, kita tak adalah seteruk mana,” tegasnya. Kak KM berkata demikian menerusi satu temu bual eksklusif. Terdahulu, anak sulung kak KM iaitu Nabila menerima kritikan warganet kerana mengenakan pakaian ‘crop top’ putih berlengan pendek sambil membuat gerakan bibir menyanyi lagu.
Video itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang menyifatkan penampilan Nabila terlalu terdedah apatah lagi pakaian yang dipakai memperlihatkan bahagian perut dan pusatnya. Malah ada yang memetik nama Kak KM, dengan sindiran kononnya usahawan sensasi itu kini tiada geng untuk ‘beraksi’ di rumah selepas Nabila berpindah ke Singapura.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.