Nama kena petik dengan Fara Salleh, sekali Rossa Sera tampil pertahankan diri sendiri

Advertisements
Advertisements

Tak ada angin, tak ada ribut, nama Rossa Sera kembali menjadi bualan selepas bekas isteri kedua kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, memetik namanya dalam kontroversi terbaharu membabitkan mereka. Tidak berdiam diri, Rossa atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah tampil memuat naik satu komen menerusi perkongsian di Instagram (IG).

Menurut Rossa, dia tidak akan memberikan sebarang komen balas sebaliknya mahu memberikan fokus terhadap kehidupan baharunya bersama suami. Tambah Rossa, hubungannya bersama anak-anak tiri serta bekas isteri kepada suami juga sangat baik. “Untuk pengetahuan semua, keluarga sebelah suami dan anak-anak sambung (tiri) sangat baik dengan saya dan tak perlu untuk saya jelaskan, boleh nilai sendiri ya.

Semoga kehidupan kita baik-baik sahaja, insya-Allah. Sebelum terlupa, bekas isteri pertama suami pun sangat baik dengan saya.” Dalam pada itu, Rossa memaklumkan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan hanya menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT. “Insya-Allah saya lebih istiqamah sekarang. Tak perlu balas apa-apa. Biar Allah tentukan segalanya kerana Dia sebaik-baik perancang.”

Terdahulu, Fara dilihat ‘memetik’ nama Rossa dengan mendakwa mereka berada dalam situasi yang sama apabila menjadi orang ketiga dan mengambil hak orang lain. Menerusi satu hantaran di IGs, Fara berkata Rossa kini berkahwin dengan lelaki yang sudah pun mempunyai tiga orang anak. Untuk rekod, Sera pernah berkahwin dengan Shuk namun mereka disahkan berpisah pada 22 Mac 2023.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun. Kemudian Shuk kembali mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023 di Thailand. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.