Habis barang rumah dijual, Datin Shahida dedah wanita yang ceroboh rumah dia nak tuntut kahwin dengan Aliff Syurki

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida mendedahkan wanita yang menceroboh rumahnya di kampung mendakwa Datuk Seri Aliff Syukri pernah berjanji untuk berkahwin ketika berada di Kemboja n Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid berkata wanita yang didakwa penagih dadah itu mengakui Aliff adalah suaminya. “Dekat katil yang dia tidur ada satu gambar Aliff. Klik sini untuk lihat video.

Saya hairan sebab bingkai gambar lain semua dia tanggalkan tetapi gambar Aliff dia tidak tanggalkan. Bila tanya, individu itu jawab, ‘ini suami saya’. Katanya, dia datang ke Malaysia kerana mahu menuntut janji mahu mendirikan rumah tangga bersama Aliff.” Sementara itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, mendakwa rumahnya yang dulu lengkap dengan barangan telah menjadi porak-peranda selepas individu itu menjual semua perkakasan rumah.

Bila pergi tengok rumah semua barang elektronik sudah tiada, penyaman udara, lampu, suis lampu dan kabel elektrik semua dijual. Semua pinggan mangkuk saya juga dia jual.” Sebelum ini, Aliff mendakwa rumah persinggahannya di kampung disyaki didiami oleh individu yang tidak dikenali yang juga merupakan seorang penagih dadah.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.