Bella yang mula kaitkan isu sugar daddy, tak boleh berdiam Ruhainies minta bukti dari warganet

Advertisements
Advertisements

Pelakon Ruhainies memuat naik paparan skrin komen netizen yang mendakwa maklumat mengaitkan dirinya dengan ‘sugar daddy’ itu datang daripada individu bernama ‘Bella’. Menerusi Instastory, terdapat dua komen daripada warganet yang mendakwa ‘Bella’ terlebih dahulu ‘spill the tea’ mengenai dakwaan tersebut.

“Bella pernah spill dulu. Dia ni dijaga kata job atau berniaga tak ada rasanya. Keluarga pun biasa,” tulis netizen pertama. Kalau dia nak saman orang tuduh dia ada yang bela. Awal-awal dia saman Bella sebab Bella kan pernah spill the tea,” dakwa netizen kedua. Pada perkongsian yang sama, Ruhainies mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai menunjukkan bukti jika benar kenyataan itu pernah dibuat secara umum.

“Bella mana ni? betul ke dia ada cakap macam ni? Saya baca dekat mana mana ramai mention macam ni. Ada sesiapa boleh kongsikan kalau ada video atau statement tentang ni? Sebab bersepah statement macam ni di mana-mana dalam social media. Saya nak tahu adakah sekadar nak melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat umum. thank you,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita meninggalkan komen pada sebuah hantaran dengan mendakwa Ruhainies mendapat elaun bulan daripada ‘sugar daddy’. Ruhainies turut mendedahkan wajah dan meminta orang ramai membantunya mencari individu tersebut sebelum si pelaku memohon maaf secara peribadi kepadanya. Bagaimanapun, Ruhainies nekad membuat laporan polis berhubung perkara itu demi membersihkan namanya selepas dimalukan secara terbuka.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.