PELAKON Siti Saleha akhirnya berkongsi khabar gembira dirinya kini hamil anak pertama. Saleha memaklumkan perkara itu dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. “Kami dah lama simpan rahsia,” katanya. Menerusi hantaran tersebut, dia menunjukan keputusan imbasan kehamilan sambil berpelukan dengan suaminya, Joshua Fitton. Dalam ruangan kapsyen, dia sempat berseloroh mahu menjadi seperti suaminya yang berperut buncit. Klik sini untuk lihat video.

“Josh banyak makan dan perutnya kembung. Jadi saya mahu sepadankan dengan perut dia,” tulisnya. Dalam satu temu bual sebelum ini Saleha memberitahu dia masih belum bersedia berkongsi berita gembira itu. Dia bagaimanapun memberitahu akan mengambil tempoh rehat panjang seolah memberi bayangan sedang hamil.
Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun berpisah. Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.