Penyanyi, Shila Amzah mengakui kehadiran suami, Ubaidillah dalam hidupnya membawa seribu kemanisan dan kebahagiaan. Pernah melalui fasa jatuh bangun seorang diri, Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, suaminya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memberi layan persis permaisuri kepadanya. Klik sini untuk lihat video.

“Sebelum ini saya tak pernah dapat rasa hidup dalam feminim energy, sebelum ini saya maskulin engergy. Semua perkara saya perlu buat sendiri. Tapi selepas ada Ubai, saya rasa seperti ‘princess’. Itu membuat saya suka dengan hidup yang sekarang.” Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Pa&Ma.
Bercakap mengenai elemen komunikasi dalam rumah tangga, Shila memberitahu dia dan suami tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan perkara itu. “Kami berkomunikasi dengan baik, alhamdulillah masing-masing faham. Setakat hari ini, belum ada masalah. Kami saling berkongsi sehingga password akaun bank pun masing-masing tahu.” Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, mereka juga saling mempercayai antara satu sama lain dan tahu batas masing-masing ketika berususan dengan pihak luar terutama yang berlainan jantina.
“Kami berdua tidak saling semak telefon masing-masing, kerana tahu batasnya. Ubai pun berada dalam industri ini (hiburan) juga. Saya percaya Ubai tahu untuk jaga batas jika berurusan dengan artis atau rakan sekerja wanita, begitu juga saya. Perkara ini tidak perlu dibincangkan kerana batas suami dan isteri masing-masing perlu sendiri, kalau tidak tahu jaga batas bahaya dalam rumah tangga.”
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu. Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami Haris Edraki. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.