Disebabkan sebiji epal, Umie Aida kena denda RM1k oleh pihak keselamatan New Zealand

Advertisements
Advertisements

MALANG tak berbau buat pelakon Datin Seri Umie Aida apabila dia dikenakan denda kira-kira RM1000 ($400) oleh pihak keselamatan New Zealand ketika tiba di Lapangan Terbang Auckland, hanya disebabkan sebiji epal. Cerita Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, awalnya dia tidak membawa makanan semasa berangkat bersama beberapa rakan artis ke New Zealand.

Namun ketika berada di ruang rehat Malaysia Airlines (MAS) dia mengambil sebiji epal sebagai bekalan makanan ketika berada di dalam kapal terbang. “Ini namanya takdir, saya memang tak bawa apa-apa makanan ke New Zealand kerana nak memudahkan diri masa di imigresen. Dijadikan cerita masa dekat di lounge Mas Airlines saya ambil sebiji epal untuk makan di dalam kapal terbang sebelum tidur,” katanya.

Umie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya. Dalam hantaran yang dikongsikan itu, Umie bersama beberapa rakan artis seperti Nora Danish, Fattah Amin, dan Remy Ishak yang menyindir mengenai buah epal dibawa. Bagaimanapun disebabkan terlalu letih, dia terlupa tentang sebiji epal tersebut dan hanya menyedarinya semula selepas pihak Imigresen New Zealand mengimbas bag yang dibawa. 

“Disebabkan terlalu keletihan saya terus tidur dalam kapal terbang, lupa bab epal. Bila sampai di New Zealand mereka imbas bag saya. Ada epal dalam bag dan kena denda $400,” kongsinya. Dalam pada itu, Umie berharap kejadian yang menimpa dirinya menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak menyimpan makanan di dalam bag. “Pengajaran untuk saya yang ingin saya kongsi bersama orang ramai, jangan sekali-kali bawa epal yang akan dimakan sekejap lagi dalam kapal terbang. 

Sebab nanti kita akan lupa epal itu dalam bag kita, sebab nanti kena denda,” kongsinya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *