Gembira ibu dalam fasa bahagia, Shila Amzah restu hasrat ibu nak mendirikan rumahtangga

Advertisements
Advertisements

Penyanyi, Shila Amzah berasa gembira melihat ibunya, Fauziah Sarman kini berada dalam fasa bahagia dan lebih tenang dalam kehidupan selepas dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi. Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia juga merestui hubungan mereka dan berpendapat ibunya juga berhak mengecapi bahagia bersama insan yang dicintai.

“Ibu saya ketika ini berada di fasa menikmati kebahagiaan dalam hidupnya. Saya sebagai anak gembira melihat keadaan ibu saya yang sekarang ini. Saya mendoakan mak saya bahagia seperti mana saya berjumpa dengan Ubai. Saya harap dia bersama seseorang yang akan meratukan dirinya dengan lebih baik.

Shila berkata demikian ketika ditemui di konsert Raise The Star Malaysia, baru-baru ini. Disoal mengenai penerimaan adik-beradik yang lain, pelantun lagu Patah Seribu berkata, mereka sekeluarga menyambut baik hasrat ibunya yang mahu mendirikan rumah tangga semula. “Saya dan adik-beradik lain sangat mengalu-alukan, kerana kebahagian ibu kami adalah juga kebahagian untuk kami.” Dalam pada itu, Shila berkata, perkara baik seharusnya dipercepatkan dan tidak elok ditangguh.

“Tak payah tunggu-tunggu (untuk berkahwin), kalau boleh cepat-cepat.” Terdahulu, Fauziah Sarman mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini. Fauziah memaklumkan bahawa jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas hampir dua tahun bergelar ibu tunggal. Kataya, lelaki itu memiliki peribadi yang baik dan penyayang.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.