Siap ajak isteri pergi ke kelab, Suami Elcah dedah Syada Amzah cuba porak perandakan rumahtangga

Advertisements
Advertisements

Hangat di media sosial apabila suami pempengaruh dikenali sebagai Elcah, iaitu Afi Hamri tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai hubungan isterinya dengan penyanyi Syada Amzah. Menerusi hantaran di Instastory, Afi mendakwa Syada cuba memporak-perandakan rumah tangganya dengan menghasut isterinya, selain mengajaknya ke kelab malam untuk ‘tenangkan fikiran’.

“Weh perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau superman ke? Kau tak dapat ajak bini aku pergi kelab kau nak buat cerita. Kau nak rosak, kau rosak seorang tak perlu buat cerita siap ajar bini aku tipu aku!,” tegas Afi. Dalam tangkap layar yang turut dimuat naik, Syada dipercayai mengajak Elcah untuk berjumpa dan menceritakan isu kecurangan suaminya.

Afi yang jelas tidak berpuas hati turut menyifatkan Syada sebagai tidak berkerja dan hanya sibuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain. “Tolong bagi dia job kesian aku tengok tak ada job jadi perosak,” katanya. Hantaran yang dibuat lelaki terbabit tidak dapat dipastikan berpunca daripada isu apa, namun seakan ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat isterinya di media sosial baru-baru ini.

Untuk info, Elcah atau Aien Hasha berkahwin dengan Afi pada Januari 2024 dan ini merupakan perkahwinan ketiganya. Setakat ini, tiada kenyataan balas daripada Syada mahupun Elcah berhubung tuduhan tersebut. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.