PENYANYI Shila Amzah tidak menghalang jika ibunya iaitu Fauziah Sarman ingin mendirikan rumah tangga lagi. Sebagai anak, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata dia hanya mahukan kebahagiaan buat ibunya dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka. “Apa yang saya boleh katakan, semoga emak saya akan menemui kebahagiaannya. Saya minta semua yang membaca dan menonton program ini supaya doakan yang baik-baik,” katanya.
Tambah Shila lagi, dia tidak kisah dengan keputusan ibunya selagi wanita itu gembira dan tenang menjalani kehidupan. “Apa yang penting asalkan emak gembira. Itu yang saya mahukan. Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.