Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mengakui bahawa dia sememangnya menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujang. Menerusi program Interviu: Apa Rencana Syed Saddiq Selepas Ini?, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memilih untuk menjaga privasi berkaitan soal kehidupan peribadinya buat masa ini. Klik sini untuk lihat video.

Pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bahawa meskipun ada perancangan ke arah perkahwinan, namun proses itu melibatkan banyak pihak dan harus dihormati. “Tipulah kalau saya cakap mahu kekal bujang selamanya. Memang ada niat dan perancangan ke arah (perkahwinan) itu.
Namun, dalam proses membina rumah tangga sendiri, akan melibatkan pasangan, keluarga dan privasi yang perlu dihormati. Biarlah kehidupan saya kekal peribadi sehingga tiba masanya untuk diumumkan kepada semua.” Tambah Saddiq, meskipun sentiasa bersikap terbuka dalam hal-hal berkaitan politik, namun untuk urusan yang menyentuh hal peribadi dan melibatkan orang lain termasuk keluarga, beliau lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi kepada umum.
“Perkara berkaitan politik, saya terbuka. Tetapi bagi hal yang bukan sahaja melibatkan saya, malah orang lain termasuk keluarga, lebih baik proses itu dihormati.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.