Berhubung dengan bekas isteri hanya kongsi perkembangan anak, Afreena akui bukan mudah nak berurusan dengan Along Cham

Advertisements
Advertisements

ISTERI pelawak dan pelakon Along Cham iaitu Afreena Suhaimi tampil menjelaskan tujuan dia berhubung dengan bekas isteri suaminya, Zila Saeron sehingga melanggar syarat yang ditetapkan. Afreena, 33, berkata dia hanya berkongsi perkembangan Ahmad Daniel, 14, yang sudah lapan tahun tidak berjumpa ibunya dan menyangkal dakwaan tidak mahu menjaga. “Niat saya bukan untuk menyerahkan anak kepada ibunya. Sebaliknya, ibu anak itu sendiri memberitahu saya bahawa dia tidak mahu bertengkar soal penjagaan anak demi mengelakkan tekanan kepada anaknya.

Malah, ibunya berkata, ‘tak apa, biar anak saya dengan papa dia.’ Ibunya hanya mahu mengetahui perkembangan anak sahaja. “Jadi, kepada mengatakan saya tidak mahu menjaga anak tiri. Saya ingin tegaskan saya bukan orang yang kejam seperti itu,” katanya. Afreena berkongsi perkara itu ketika menjawab pertanyaan netizen di Instastory miliknya yang mempersoalkan tindakannya berkongsi lokasi anak tiri kepada ibu kandungnya.

Dia bagaimanapun tidak menafikan dakwaan melanggar taklik yang sudah ditetapkan Along sejak awal perkahwinan mereka. Namun dia berpendapat tindakan suaminya itu seolah-olah ingin memisahkan ibu kandung dengan anaknya. “Sebelum ni korang tertanya kan taklik itu apa? Inilah dia. Perkara ini keluar daripada mulut dia bukan saya. Saya pun tanya soalan yang sama, salah ke? Si ibu yang sudah lapan tahun tak berjumpa dengan anaknya. 

Boleh dikatakan macam dipisahkan pun ada, mestilah ibu itu rindu dengan anaknya?,” ujarnya. Dalam hantaran yang lain, Afreena meluahkan rasa kesal apabila suaminya mengelarkan dirinya dengan pelbagai panggilan yang kurang menyenangkan. Disebabkan itu, dia kini menggelar suaminya sebagai individu yang dikatakan mengambil bahan terlarang kerana terlalu banyak berkongsi perkara tidak sepatutnya.

“Hari itu mak lampir, hari ini si polan. Ewah ewah melebih pula kau ini. Aku pun tak pernah panggil kau nama buruk. Kaulah terpaling betul, dedah itu ini. Saya lupa, nak hadap penagih ddh bukan mudah, terlalu delusi. Saya rasa itu sesuai jadi gelaran baru kamu buat sementara waktu, peminat ganja? Sekarang saya faham kenapa kamu suka sangat bercakap… bercakap tanpa henti, macam langit tak ada batas. Sentiasa dalam keadaan ‘high’,” ujarnya.

Pada petang Selasa, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang  mengemukakan tiga sebab utama yang menyebabkan lafaz taklik terhadap isterinya jatuh pada Julai 2024 di kediaman mereka di Cyberjaya. Katanya, Afreena sudah melanggar tiga syarat yang  diberikan sejak awal perkahwinan seperti menghubungi bekas isterinya, berlaku curang serta membelakangkannya dalam segala urusan rumah tangga.

Bagaimanapun, Afreena menafikan dirinya berlaku curang serta menganggap ia sekadar tuduhan tidak berasas. Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua Along selepas berpisah dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016. Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki yang kini di bawah jagaannya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *