Pempengaruh terkenal, Ameera Khan beri sokongan penuh buat kekasihnya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol berentap dalam perlawanan tinju berdepan anak kepada Ahmad Dhani, El Rumi di Jakarta. Menerusi video yang dikongsi TikTok superstar.knockout, dapat dilihat Ameera bersama kakaknya, Noor Nabila dan anak buah, Jebat Jayden serta aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad berada di bangku penonton.


Dalam pada masa yang sama, Ameera turut meninggalkan mesej kepada teman lelakinya dengan mengucapkan semoga berjaya buat aktor terbabit di Instagram superstarknockout. “Ini mesej kepada teman lelaki saya, Jefri Nichol. Semoga berjaya, sayang. Saya doakan Allah memberikan kamu kemenangan yang adil dan dihormati orang ramai,” ujarnya. Walau bagaimanapun, perlawanan ‘rematch’ antara kedua-dua selebriti muda itu masih berpihak kepada El Rumi apabila menewaskan Jefri dalam masa 38 saat sahaja. Menerusi Insta Story Ameera, dia tetap menganggap Jefri sebagai pemenang dan seorang lelaki sebenar.
Difahamkan, ini merupakan perlawanan tinju kedua antara Jefri dan El Rumi apabila sebelum ini turut berentap di ring kira-kira dua tahun lalu. Dalam perlawanan sebelumnya, aktor terbabit kalah kepada El Rumi dan telah menentang semula selebriti terbabit untuk kembali bertembung di ring pada 9 Ogos 2025. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.