BERKONGSI detik kelahiran anak bongsunya, pelawak dan usahawan Shuib memberitahu ia bukan satu proses biasa yang dilalui oleh kebanyakan bayi. Dilahirkan dalam tempoh pra-matang, kata Shuib anaknya iaitu Ayash Affan terpaksa diberi bantuan pernafasan. “Dia bayi pra-matang, semasa dilahirkan dia tak bernafas hampir lapan saat. Allah Maha Besar… dengan bantuan doktor bertugas dan izin Allah, dia bernafas buat pertama kali,” katanya.
Shuib menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram sempena menyambut ulang tahun kelahiran Ayash yang keempat pada Rabu. Dia turut berkongsi beberapa keping gambar perkembangan anaknya itu sejak dilahirkan. Malah Shuib juga memuat naik gambar bersama isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah ketika sedang hamil.
Dalam hantaran sama, Shuib sempat menitip doa buat Ayash agar terus diberi keberkatan. “Hari ini genap usianya empat tahun. Semoga menjadi anak yang sihat, baik, soleh di dunia dan akhirat. Ibumu melihat dari jauh, melihat penuh kasih sayang,” ujarnya. Untuk rekod, Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan Covid-19. Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.