Akur dengan takdir yang Allah tentukan, Datin Rebecca beri bayangan seakan dah berpisah dengan suami

Advertisements
Advertisements

PERKONGSIAN pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam di media sosial menarik perhatian warganet apabila aktres berkenaan seakan memberi gambaran hubungannya dengan suami Datuk Nur Azman Sulaiman didakwa sudah berakhir. Rebecca, 39, berkata, dia dan suami sudah cuba berusaha yang terbaik namun akur dengan takdir yang ditentukan Allah SWT. Kongsinya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada suami kerana memberi kebahagiaan selama 18 tahun hidup bersama. 

“Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga Allah memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan kemewahan. Terima kasih untuk memori 18 tahun ini, kita sudah cuba yang terbaik tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang,” katanya. Rebecca berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis. 

Lebih menguatkan spekulasi, Rebecca turut mengemas kini ruangan informasi di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen ‘single mother of 7’ yang membawa maksud ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata. Usaha untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada Rebecca tidak berhasil apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab. Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata. Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel yang kini berusia 16 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.