Pelakon, Abby Abadi mendedahkan anaknya, Marissa Dania kini sedang berusaha untuk meninggalkan hubungan yang didakwa toksik bersama suaminya, Aslam. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, berkata Marissa berada dalam keadaan baik walaupun aktres itu lantang bersuara tentang hubungan mereka di media sosial. Kata Abby, Marissa masih memerlukan masa dan kekuatan untuk berani meninggalkan hubungan yang didakwa toksik itu. Klik sini untuk lihat video.

“Dia berada dalam keadaan yang perlu dibetulkan dan kita kena bantu dia. Marissa okay saja. Dia memang nak diselamatkan dan keluar tetapi dia kata bagi masa. Saya kata dengan dia jangan buang masa.” Sebelum ini, Abby menyatakan dia mempunyai sebab yang kukuh bersuara tentang hubungan Marissa dan suaminya. Abby menjelaskan sudah dua tahun dia membiarkan Marissa merasai sendiri jalan hidup yang dipilih meskipun haknya sebagai ibu tidak didengar.
Kata Abby, tempoh dua tahun itu sudah cukup lama untuk membiarkan anaknya terus terperangkap dalam hubungan yang membuatkannya memendam perasaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.