Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi detik mengejutkan apabila hampir 1,200 orang hadir ke sesi temuduga terbuka di syarikatnya, Wisma D’Herbs pada Selasa. Menerusi TikTok, Shahida atau Nur Shahida Mohd Rashid memuat naik video memaparkan kawasan Wisma D’Herbs yang dibanjiri calon-calon yang mahu mencuba nasib mencari pekerjaan di syarikatnya. Klik sini untuk lihat video.

Dapat dilihat, kesemua calon sanggup berdiri dan beratur panjang di bawah panas terik matahari demi mencuba nasib menjadi pekerja kepada Shahida dan Aliff. Ujar Shahida, dia sangat tidak menyangka akan menerima sambutan luar biasa sebegini daripada orang ramai. “Ya Allah mama tak sangka seramai ini yang datang untuk sesi temuduga terbuka hari ini (Selasa).
Hampir 1,200 orang datang untuk pelbagai jawatan di Wisma D’herbs. Nak pilih pun susah sebab yang datang pun semua hebat hebat belaka. ” Dalam pada itu, ibu kepada orang anak ini menjelaskan bahawa dia dan Aliff bakal mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka beberapa cawangan baharu tidak lama lagi. “Insya-Allah D’herbs akan mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah cawangan baharu tidak lama lagi.
Apa pun mama nak ucapkan tahniah pada yang berjaya dan pada yang kurang bernasib baik mama doakan anda berjaya di tempat lain. Terima kasih sebab sudi datang hari ini ya.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.