Usahawan dan pempengaruh Cik Epal tenang jalani kehidupan setelah bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Han dan Yuki. Ketika ditemui, Cik Epal atau nama lengkapnya Nur Munirah Mahmood mengulas mengenai hantarannya di media sosial yang dilihat semakin kurang aktif. Menurut Cik Epal, kematangan fasa kehidupan adalah salah satu punca utama.
“Saya ini jenis tidak kacau orang. Tapi kalau orang kacau saya, barulah saya bertindak. Kalau tak ada sesiapa yang usik, saya lebih selesa buat hal sendiri sahaja.” Cik Epal berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT 25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Berkongsi lebih lanjut, pemenang Anugerah Selebriti Trending Terhangat akui menempuh beberapa perubahan dalam kehidupan yang memberi kestabilan daripada segi emosi. Tambahnya, fokus utama adalah pada diri sendiri dan anak-anak. “Dari segi emosi saya rasa jauh lebih baik dan semakin tenang. Bila sudah bujang, saya lebih fokus pada diri sendiri dan anak-anak.
Tidak ada gangguan lain yang buat kita rasa nak ‘overthinking’ atau apa sahaja. Saya pilih untuk ikut arus kehidupan, apa sahaja yang datang, saya hadapi dengan hati terbuka.” Terdahulu, Cik Epal dan usahawan piza wagyu, Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Rumah tangga mereka bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi, Dewi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.
Pasangan itu bagaimanapun berpisah tahun lalu selepas 10 tahun bersama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.