Pernah jadi bilal sewaktu dalam tirai besi, Eda Ezrin akui dah trauma nak ke Thailand

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, mengakui trauma ke Thailand selepas melalui pengalaman lebih sembilan bulan dipenjara di Wilayah Narathiwat sebelum dibebaskan pada 6 Ogos lalu. Memetik laporan daripada Berita Harian, Eda menyatakan dirinya tidak akan melancong atau pengambil tawaran membuat persembahan di sana dalam tempoh waktu yang agak lama.

“Saya sangat trauma ke Thailand dengan apa yang berlaku. Saya tak akan pergi melancong atau terima tawaran buat persembahan di negara jiran itu dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya ketika dihubungi. Jelas Eda, sebelum ini beliau kerap berkunjung ke negara itu atas urusan persembahan, namun kini tidak akan lagi menerima sebarang tawaran selepas apa yang berlaku.

“Selepas lebih sembilan bulan berada di sebalik tirai besi (penjara), ia meninggalkan trauma yang sangat besar buat diri saya.“Sebelum ini pun, setiap kali ke Thailand, terutama Wilayah Narathiwat, saya hanya pergi untuk membuat persembahan, bukan melancong semata-mata.

Jika orang bertanya adakah saya akan ke Thailand selepas apa yang berlaku, sudah tentu saya katakan tidak. Saya sangat trauma dan perasaan itu dirasai sehingga kini walaupun saya sudah kembali ke pangkuan keluarga,” ujarnya. Mengulas pengajaran sepanjang berada di penjara, ibu kepada dua anak ini menyatakan pengalaman itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

“Nak cari kawan memang ramai, namun nak mencari sahabat sejati adalah perkara paling susah. Bila kita berada di penjara, baru kita sedar siapa kawan atau siapa sahabat. Bila kita berada di fasa terendah, tiada kawan yang datang melawat. Bermula dari situ, saya belajar, biar kawan sedikit, janji berkualiti. Malah, apa yang berlaku sehingga berada di penjara pun disebabkan kawan atas kawan,” jelasnya.

Namun begitu, di sebalik ujian berat yang dilalui, Eda berkata ada kenangan yang akan kekal dalam ingatannya sepanjang berada di penjara.“Saya pernah menjadi bilal ketika solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri serta Aidiladha,” katanya. Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Eda bersama suami dan empat rakan lain dibebaskan selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi serta bukti untuk merayu kes berkenaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.