Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Erra Fazira iaitu Engku Emran, meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak tunggal mereka, Engku Aleesya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin menzahirkan penghargaan terhadap usaha keras Aleesya yang berjaya memperoleh 7A, sekali gus menjadi ia momen paling bermakna buat dirinya sebagai seorang bapa. “Tahniah atas 7A kamu, anak ayah! Alhamdulillah. Kekal merendah diri, kekal berpijak di bumi nyata.
Terima kasih kerana buat hati ayah dipenuhi rasa bangga dan gembira. Selama 11 tahun tempoh persekolahan kamu, ayah telah mendedikasikan sebahagian besar hidup ayah untuk memastikan kamu cemerlang dalam pelajaran” Dalam pada itu, Emran turut berkongsi pengorbanan dan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa demi memastikan kejayaan anaknya, termasuk tidak pernah terlepas menghadiri program sekolah puteri tunggalnya itu.
“Ayah tidak pernah terlepas satu pun acara sekolah yang kamu sertai. Ayah hadir setiap sesi pertemuan ibu bapa, bersorak di setiap larian yang kamu sertai. Malam-malam panjang kita belajar bersama, masa berjam-jam terperangkap dalam kesesakan jalan untuk ke kelas tambahan, semua itu juga atas nama kasih sayang dan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah.”
Tambah Emran lagi, dia bangga dengan kejayaan Aleesya sekaligus membuktikan bahawa segala usaha dan pengorbanannya selama ini tidak sia-sia. “Terima kasih Aleesya kerana menjadikan hari ini hari paling indah dalam hidup ayah. Kamu buktikan kepada ayah bahawa segala pengorbanan ayah selama ini tidak sia-sia. Apabila kamu memiliki anak kelak, saya berharap kamu juga akan membuat pengorbanan yang sama untuk mereka, seperti yang saya lakukan untuk kamu dalam pendidikan.”
Sekadar info, Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.