Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menyorot perhatian ramai selepas berkongsi sepotong video pendek bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi platform media sosialnya. Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq yang duduk di sebelah Bella kelihatan menyanyikan lagu latar ‘Ready For It’ nyanyian Taylor Swift sampil merakamkan momen manis berkenaan. “Sesi jerit- menjerit untuk hilangkan stress,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Klik sini untuk lihat video.

Hantaran tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya teruja melihat pasangan berkenaan, lebih-lebih lagi apabila Bella kembali tersenyum selepas melalui episod kontroversi ketika Anugerah Melodi Terhangat baru-baru ini. Tidak habis disitu, Bella yang tampil anggun mengenakan busana berwarna putih yang dipadankan dengan rantai leher tertera tulisan namanya dan loket berpangkal huruf ‘S’ mengundang tanda tanya. Malah, rata-rata peminat berteka-teki bahawa loket tersebut adalah simbolik kepada nama Syed Saddiq.




Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.