Usahawan, Rozita Ibrahim berkongsi detik cemas apabila suaminya, Aidi Amin Ahmad terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas. Rozita yang kini berada di China memaklumkan bahawa suaminya terlebih dahulu mengadu mengalami sakit dada sebelum meminta menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan ambulans. Klik sini untuk lihat video.

“Kami berbual, tiba-tiba suami senyap. Saya pun diam dan pandang wajahnya. Kemudian dia bersuara “panggil ambulan sekarang”. Saya cemas, di sini (China) sudah jam 4.12 pagi dan hari sudah siang. Saya panggil ejen dan terus ke hospital. Suami saya juga lakukan ujian MRI. Dia rasa mencucuk dada, pening kepala , kebas tangan, tak boleh gerakan tangan dan sesak susah bernafas.”
Suami Rozita mendapatkan rawatan di Hospital Zhejiang University School of Medicine Fourth Affiliated yang merupakan hospital kedua terbaik di China. Dalam pada itu, Rozita atau mesra disapa Bonda turut memaklumkan, suaminya mempunyai rekod masalah jantung dan sudah hampir lapan bulan tidak mengambil ubat. “Suami saya ada masalah jantung setahun lepas dan dah tak makan ubat hospital hampir lapan bulan. Dia lupa bawa minyak cair darah dia dah tak makan suplemen itu 10 hari lepas.
Doktor sini sangat baik layanannya walau kami orang luar. Doktor pakar otak dan jantung bergilir merawatnya,” Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Bonda memaklumkan suaminya sudah dibenarkan keluar hospital dan mereka bakal pulang ke tanah air pada Selasa.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.