TINDAKAN pelakon Nora Danish memadam lebih 24,000 foto tidak berhijab di media sosial merupakan satu langkah besar untuknya memperbaiki diri agar kekal istiqamah. Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, dia bersyukur kerana diberi kekuatan untuk melengkapkan penghijrahannya itu dengan membuang gambar-gambar tersebut. “Saya percaya hijrah ini adalah perjalanan berterusan bukan sesuatu yang berlaku sekelip mata.

“Saya masih belajar, masih mencari kekuatan. Alhamdulillah Allah mampukan saya untuk melengkapkan lagi langkah hijrah ini dengan membuang gambar-gambar lama. Ia sebahagian daripada usaha saya untuk istiqamah,” katanya. Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu Nora memberitahu usaha yang dilakukan itu bukan hanya untuk berhijrah menjadi individu lebih baik. “Hijrah saya bukan tentang ‘sempurna’ tetapi tentang menjadi lebih baik setiap hari. Doakan,” ujarnya. Sebelum ini, Nora memaklumkan dia kini dalam misi memadam foto lama di media sosial yang memaparkan dirinya tidak berhijab.
Kongsi Nora, keputusan itu dibuat sebagai satu langkah menjadi Muslimah yang diimpikan. Pada Julai tahun lalu, Nora memberitahu salah satu faktor mendorong dia berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama. Ujarnya, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.