Tidak mampu lagi menahan sabar, isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa suaminya masih enggan memberi kerjasama berhubung kes pendaftaran perkahwinan dan pengesahan perpisahan. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fara mendakwa tidak hanya Shuk, tetapi seluruh ahli keluarga suami termasuk ibu, ayah dan abangnya enggan memberi kerjasama ketika menerima panggilan telefon dari mahkamah.

“Entah apa dalam kepala otak kau eh, mahkamah telefon untuk penangguhan kes dari bulan 8 kau tak respon. Pegawai mahkamah siap bagitahu, bila kenalkan diri dari mahkamah, kau terus drop call. Lepas itu call semula terus tak angkat. Call mak ayah kau pun tak berangkat. Call abang kau siap acah-acah konon salah nombor telefon. Jahatnya keluarga ini.” Jelas Fara, dia hanya mahu menyelesaikan polemik yang sudah lama tertangguh itu dengan segera. Malah, dia mengakui sudah penat mempertahankan haknya sejak sebelum diceraikan.
“Siapa bila aku nak hadap sial keluarga ini? Daripada mak bapa sampai anak semua jahat nak mampus. Perkara mudah je. Aku nak selesaikan mahkamah untuk pendaftaran perkahwinan dan nak buat pengesahan perpisahan. Itu sahaja lah. Pagi Jumaat mahkamah telefon bagitahu perkara ini. Daripada sebelum hamil aku berlawan untuk pendaftaran sampai mengandung dampai kena cerai, sekarang bersalin dan ada anak. Kalian tolong bagitahu dia mahkamah pada 3 September jam 8.30 pagi.”
Imbas kembali, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu. Namun, Fara mendakwa dia telah diceraikan melalui kiriman suara di telefon bimbit ketika Shuk berada di Thailand. Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.