Peguam mewakili pelakon Anna Jobling, Wan Nurliyana, menafikan dakwaan dia telah menghalau ibu aktres tersebut, Ariz Arop, keluar dari kereta seperti yang tersebar sebelum ini. Menerusi hantaran di Instagram Story, Nurliyana memuat naik sepotong video yang memaparkan dirinya hanya membuka pintu kenderaan sebelum Ariz menjerit ke arahnya. Bagaimanapun, punca sebenar insiden itu tidak diketahui, namun difahamkan berkaitan dengan konflik antara Anna dan ibunya.
Dalam hantaran sama, kedengaran suara seorang individu dipercayai Anna yang meminta bantuan seorang wanita bernama Fana untuk mengambil kad akses di dalam kenderaan miliknya. Nurliyana turut menepis dakwaan Ariz dikunci dari dalam kereta, sebaliknya menjelaskan kenderaan tersebut boleh dibuka dari bahagian dalam dan pada waktu kejadian kereta itu berada dalam keadaan tidak berkunci. Dalam pada itu, Nurliyana turut mengulas mengenai perintah injunksi yang diterima Ariz.

“Injunksi prohibitori bukanlah mudah untuk diperoleh. Untuk berjaya, anda perlu membuktikan bahawa, pertama, terdapat persoalan serius untuk dibicarakan. Kedua, ganti rugi tidak akan menjadi remedi yang mencukupi, bermaksud pampasan wang tidak dapat memperbaiki kerosakan atau kemudaratan yang berlaku. Ketiga, keseimbangan kemudahan memihak kepada pihak pemohon. Jika seseorang memperoleh injunksi prohibitori, ia bermaksud Mahkamah berpuas hati bahawa kes mereka cukup kukuh untuk menghentikan tindakan pihak lawan sebelum perbicaraan.
Jika seseorang memperoleh kedua-duanya, iaitu injunksi prohibitori dan Perintah Perlindungan Interim (IPO), ini menunjukkan bahawa Mahkamah yakin terdapat keperluan sebenar dan mendesak untuk melindungi hak serta keselamatan orang tersebut dengan segera.” Ia menandakan bahawa situasi adalah serius, mendesak, dan disokong oleh bukti kukuh.
Terdahulu, kemelut hubungan antara Anna dan ibunya menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh anaknya, termasuk digelar seperti anjing kurap dan dihalau keluar dari kereta oleh peguam Anna. Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi warganet. Ariz juga mendakwa Anna tergamak memohon perintah injunksi terhadapnya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.