Pelakon Rita Rudaini memberi cadangan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) menambah baik infastruktur sekolah di seluruh negara sekaligus dapat meningkatkan semangat murid-murid untuk menuntut ilmu. Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman KPM hari ini berkaitan kerajaan memperuntukkan RM8.4 juta untuk lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar sekolah.

“Lebih baik baiki fasiliti sekolah, tandas, bilik darjah cat cantik bagi murid-murid pun teruja nak belajar. Kantin tu naik taraf macam kafe di Pavilion ke, ni kalau hias kelas ibu bapa dan cikgu yang keluarkan duit,” katanya dalam sebuah hantaran di IG-Story, baru-baru ini.
Terdahulu, sejumlah RM8.4 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi pembekalan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu setiap pelajar akan menerima dua lencana tersebut secara percuma. Jelas beliau lagi, pelaksanaan itu bertujuan untuk mendidik pelajar dalam memupuk semangat patriotisme dan cinta pada negara sejak bangku sekolah.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.