Seorang bapa tampil mempertahankan anak perempuannya selepas tular dakwaan mengaitkan gadis tersebut sebagai salah seorang pembuli dalam kes melibatkan remaja sekolah yang pergi menghadap illahi baru-baru ini, Zara Qairina. Individu dikenali sebagai Muhammad Yasim menegaskan anaknya, Nurul Qurratu Aini tidak terbabit langsung dalam kejadian berkenaan kerana telah berpindah sekolah sebelum kejadian berlaku.
“Saya, bapa kepada pelajar bernama Nurul Qurratu Aini binti Muhammad Yasim (berbaju merah) menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang cuba mengaitkan anak saya dengan kes Zara Qairina.” Menurut Muhammad Yasim, anaknya pernah bersekolah di sekolah yang dikaitkan dengan kes buli berkenaan hanya sehingga tahun 2024.
“Anak saya bersekolah di sana dari tahun 2022 (Tingkatan 1) hingga 2024 (Tingkatan 3). Namun, pada awal 2025, dia telah menerima tawaran dan berpindah ke Kolej Vokasional Lahad Datu dan masih bersekolah di sana sehingga hari ini.” Lebih membimbangkan, tular sebuah video yang mengaitkan Nurul Qurratu Aini sebagai “pembnh”, meskipun dakwaan itu tidak berasas.
Muhammad Yasim menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah tersebut. “Saya telah membuat laporan polis terhadap individu yang memuat naik gambar dan video anak saya. Walaupun mereka sudah memadam kandungan tersebut dan memohon maaf, masih ada yang terus menyebarkannya.
Saya berharap semua pihak memastikan kesahihan maklumat sebelum berkongsi atau menularkannya. Jangan kerana sikap tidak peduli, orang lain menjadi mangsa.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.