Usahawan sensasi, Kieda Crepe membuktikan kegagalan Kieda Crepe Big Tour di Negeri Sembilan bukannya penamat tetapi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar. Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Khalieda Yusri meluahkan rasa sedih apabila dirinya menjadi sasaran kritikan warganet selepas perniagaannya di Negeri Sembilan kurang berjaya.

“Saat saya gagal di Negeri Sembilan, ramai yang berlumba-lumba guna akaun betul dan palsu ketawakan saya cakap ‘padan muka’, ‘berjaya boikot’ dan macam-macam komen yang dilontarkan. Semua gembira dan bersorak riang dengan kegagalan saya yang pertama. Saya sampai tutup komen sebab tidak mahu layan komen negatif selain mahu jaga kesihatan mental.”
Selepas menerima sambutan yang kurang memberangsangkan, Kieda berkata dia membuat keputusan untuk bergerak ke Lotus Ampang dengan membawa bersama 1,800 set crepe yang masih belum terjual. “Tapi kuasa Allah, saya ke Lotus Ampang, Kuala Lumpur dan kemas kini dalam masa sejam saja. Ramai yang sudah menunggu di sana dan barisan juga panjang sedangkan saya maklumkan tidak sampai sejam. Orang beratur dari pukul 2.30 petang sampai 11.30 malam.”
Kieda turut meluahkan rasa syukur atas sambutan yang sangat luar biasa dan memaklumkan produk jualannya habis terjual pada jam 2.25 pagi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.