Tengah hangat pasal isu Bella Astillah, sekali ini pula pesanan dari Datin Rita Sosilawati

Advertisements
Advertisements

Usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati menitipkan pesanan kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, yang kini menjadi bualan hangat orang ramai susulan insiden yang berlaku pada malam Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025). Pemilik nama Erni Dekritawati Yuliana Buhari menitipkan kata-kata semangat serta meluahkan rasa simpati dengan aktres itu. Menurut Rita, trauma bukan kelemahan tetapi luka tersembunyi yang menjadikan hati dan jiwa terus bertahan.

“Bella, trauma bukan lemah. Trauma adalah luka yang tidak nampak di mata, tetapi tubuh dan hati masih ingat segalanya. Suatu hari nanti, Bella akan lihat semula semua perkara yang dilalui dan akan berkata ‘sehingga saat ini, Bella bangga masih bertahan’.” Sebelum ini, pembantu peribadi kepada Bella iaitu Niel Rafeq, tampil membuka mulut mengenai isi membabitkan penyanyi itu bersama pelakon, Sophia Albarakbah di pentas AMT 2025 pada Ahad malam.

Kata Niel, situasi ‘janggal’ semasa penyampaian anugerah itu bukan berpunca daripada sikap Bella, sebaliknya berlaku disebabkan sejarah peribadi dan luka lama yang berlaku di antara dua selebriti berkenaan. Menurut Niel, reaksi Bella yang kelihatan gugup dan tidak selesa ketika berada sepentas dengan Sophia adalah kerana kesan trauma yang masih tersisa dalam dirinya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.